Tuesday 28 June 2011

Imbasan Aktivit dan Program Sepanjang Semester 4 lalu :)

Sebelum masuk semester keempat...
Program Bakti Siswa di Pulau Timbul




Semester empat bermula.

Program pertama PRS group saya untuk semester ini..
 Kursus Asas PRS.
Program ini dijalankan adalah untuk mendapatkan keahlian PRS baru sebagai PRS 2011 yang dipilih dari setiap kolej-kolej. Sy selaku fasi untuk program tersebut.
 Fasi-fasi




Program Motivasi SK Jeneri Jeniang Kedah.
Target program ini adalah pelajar tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini, walaupun program hanya mengambil masa sehari, tapi sehari bersama mereka adalah suatu kenangan yang tak dapat dilupa. Semoga Berjaya adek-adek :)




adek-adekqu :)


Makan malam santai oleh BIP (Biro Informasi dan Penerbitan) TNB.
Program ini adalah atas penghargaan kepada ajk-ajk yang telah berusaha menjayakan program Golden Screen Cinema semester lepas. :)




Deselangi oleh,
Dinner Penghargaan Sukarelawan
Bagi menghargai para sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir tahun lepas di kedah, dan tahun ni di perlis dan johor.



Pertengahan semester
Kursus Asas Kaunseling untuk JKPS
Kursus khas untuk ahli-ahli JKPS (JawatanKuasa Pembangunan Siswa/i) setiap kolej. bertujuan memberi sedikit pendedahan kepada anggota JKPS untuk mengetahui kaedah-kaedah kaunseling kepada rakan khusus nya.








Kegiatan Luar Kuliah
Kegiatan Luar Kuliah semester 4 kelas kokurikulum Akuakultur A3. dijalankan di Pantai Merdeka Kuala Muda Kedah. di kawasan penternakan kerang laut.





Pertandingan Karom Terbuka Kolej.



Program Motivasi dan Kepimpinan Sekolah Menengah Seri Indera Putra Alor Setar Kedah
Program atas jemputan dari Sekolah Seri Indera Putra dengan peserta dari kalangan pelajar-pelajar sekolah yang berjawatan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

adesh, fasi pulak yang kne pegang ye.. hehe


Kursus Asas Kesukarelawan
Kursus ini adalah satu Training of Traineer yang dijalankan untuk para sukarelawan dalam menjalankan tugas dengan lebih professional. gabungan dari 4 buah universiti, UUM, UITM Arau, UNIMAP dan USM. Pengalaman yang baru bagi saya, dan amat berguna. kenangan yang tidak dapat dilupakan..
 wakil tunggal lelaki bagi peserta dari UUM. hehe..



Pameran Taekwondo UUM
Program bertujuan untuk memperkenalkan seni Taekwondo di UUM. disamping membuat pameran, program juga telah menyediakan persembahan seni mempertahankan diri dan juga jualan amal T-Shirt taekwondo :)



Kem Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 6
Kem yang dijalankan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Muhd Yunos Sulaiman dengan kerjasama PRS UUM. 





Pertandingan Boling Antara Kumpulan PRS
Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara kumpulan-kumpulan PRS. hehe, tetapi kumpulan kami tetap yang terbaik. lepas boling, kami berkaroke beramai-ramai. kenangan indah untuk semua ahli :)


 




Aktiviti Gotong royong Pusat Kaunseling
Pusat Kaunseling yang berpindah pejabat ke pejabat baru, oleh itu, ahli-ahli PRS datang membantu staf-staf mengalihkan barang-barang. sekarang, pusat kaunseling sudah bertapak di pejabat baru yang lebih elegan.
 elegan kn!! hehe




Karnival Kerjaya UUM.
Anjuran Pusat Kaunseling dan PRS UUM dan kerjasama badan-badan kerajaan lain. Projek besar yang menelan belanja sebanyak RM150,000 dan mendapat tajaan hampir RM200,000 dari banyak syarikat. Sebanyak 50 buah syarikat yang menyertai dimana terdapat Pameran daripada syarikat-syarikat, temuduga terbuka, dan seminar kerjaya. dan saya sebagai ketua biro pameran. walaupun, program mendapat sambutan sederhana daripada pelajar, tetapi para syarikat amat berpuas hati. Suatu pengalaman yang amat mencabar bagi saya..
Hampir 2000 syarikat saya dapatkan dan menjemput mereka dengan menghantar surat ke setiap syarikat tersebut. Hanya 50 syarikat sahaja yang bersetuju. setelah berhempas pulas menghubungi mereka. suatu pencapaian yang agak memuaskan. hehe.. alhamdulillah..
tu kira program terakhir PRS UUM untuk semester 4



di Penghujung semester...

Gathering PRS group Cik Safinas.
group saya la tu. hehe
BBQ yang dilakukan sempena untuk meraikan rakan-rakan PRS kami yang hendak tamat pengajian nya. Terima kasih Nasrullah dan Kak Noor Zieana.






kenangan yang sangat manis :)


dan yang terakhir untuk semester 4..
Dinner PRS dan Karnival Kerjaya.
Dinner bagi meraikan kejayaan program karnival kerjaya lalu dan penghargaan kepada semua aj-ajk karnival yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival kerjaya tersebut. Juga buat penghargaan kepada semua ahli PRS UUM yang telah banyak membantu Pusat Kaunseling dalam menjayakan program-program sepanjang semester 4 ini. lebih dari 10 program untuk setiap kumpulan telah laksanakan sepanjang semester 4 ini. terima kasih juga kepada Pengarah Pusat Kaunseling En.Salleh, Kaunselor-kaunselor Cik Safinas, dn lain-lain, juga kepada staf-staf Pusat Kaunseling :)

 anak teruna kumpulan kami

 bersalaman dengan Dr. Ahmad Faiz TNC UUM, tokoh yang amat dikagumi


Thanks semua.. semoga kita hebat lebih lagi untuk semester depan!!

Semester 4 ku yang penuh dengan kesibukan berprogram. bukan untuk menyusahkan diri, tapi, lagi aktif kita berprogram lagi banyak kenalan baru kita dapat. lagi banyak kenalan kita dapat lagi banyak sahabat kita dapat. dan sahabat itu adalah indah setiap nya.

“Sekuntum mawar akan menjadi kebunku. Seorang sahabat sejati akan menjadi duniaku
 dan jika seratus sahabat sejati akan menjadikan duniaku sebuah taman yang indah buatku."

No comments:

Post a Comment