Wednesday 26 December 2012

Peperiksaan melawan Perasaan.




Assalamualaikum...

Pembuka bicara. Sudah sekian lama blog ini tidak di Update. rasa teringin sekali untuk mengupdatenya tapi kekadang tu tiada masa, tambahan pula Leptop@komputer tadak.. Atau mungkin juga kebelakangan ini banyak sangat masalah yang ku hadapi, kadang-kadang tu rasa lemah sangat untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah s.w.t ini. Tapi orang cakap, bila kita diberi ujian yang banyak maka itu bermaksud tuhan sangat sayang dan ingat akan kita :)
Bercakap tentang tajuk entri ni. Peperiksaan melawan perasaan. kalo ikutkan memang tngah exam skang ni, pergh.. tapi kali ini aku menghadapi peperiksaan yang lagi susah dari mana-mana subjek yang aku ambil selama aku menuntut ilmu. tu la aku namakan peperiksaan melawan perasaan. sukar untuk dipahamkan kn?

pernah tak kamu bercinta dan mencintai pasangan kamu melebihi apa yang kamu ada? pernah? 

kalau pernah, pernakah kamu ditinggalkan oleh pasangan yang kamu cintai lebih dari apa yang kamu ada? 

kalau pernah, kamu adalah serupa dengan saya. tapi sangat berbeza dengan saya. 

pada ketika itulah banyak masalah, musibah, dan kesedihan yang saya alami. Tidak saya sangka, perkara yang saya fikir mustahil berlaku selama ini telah berlaku. Orang yang paling ku sayangi bisa meninggalkan aku. sungguh perit, memang perit. kalaulah dia tahu bagaimana sakitnya rasa aku pada ketika itu...

Tapi, apa aku boleh buat, itu keputusan dia. sebenarnya, aku juga bersalah dalam hal ini, sejak kebelakangan itu, semenjak dia pergi belajar di ibu kota, aku asyik memarahinya, memarahinya sehingga aku membuatnya tertangis. tapi dia sememangnya tahu, aku marah dia macam mana sekalipun aku tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya. sebab aku sayang dia. aku selalu mengagungkan dia di depan keluargaku, di depan adik-adikku, di depan kawan-kawanku. sehinggakan aku sanggup meninggalkan dan menyisihkan diriku dari mereka-mereka semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian untuknya. aku tidak pernah bercakap buruk tentang dia kepada orang lain. malah aku sentiasa memujinya. cuma, bila dia sudah pergi ke ibu kota untuk belajar, aku jadi takut. takut perkara ini terjadi. walaupun ia sememangnya sudah terjadi. aku asyik mengongkongnya agar tidak terlalu menonjolkan dirinya disana. aku buat itu semua supaya tidak ada orang lain yang akan cuba untuk memikatnya. aku sayang sangat dengannya. hanya dia yang aku ada. tapi bila dia sudah pergi meninggalkan aku, aku tidak tahu untuk berlaku apa lagi. setiap hari aku mengalirkan air mata. air mata yang dia tidak tahu nilainya.

Dia pernah berkata, ini semua salah aku. yah, ini memang salah aku. aku yang memulakan perbalahan. tapi, tidak boleh ka kita berbincang? kalau kau betul-betul menyayangi aku seperti mana yang kau selalu katakan, kenapa kau tidak mahu berbincang? kenapa kau sanggup membuat keputusan untuk berpisah dengan aku? bukankah kau pernah berkata yang kau tidak akan punya lelaki lain selain aku? kalau kau betul-betul sayang dengan aku, kau tidak akan melakukan keputusan ini. melainkan kau sudah berubah hati. kalau kau mudah sangat untuk berubah hati atas kesilapan yang aku buat, sudah pastinya kata-katamu yang selama ini kau ungkapkan hanyalah bohong. kau mencintai aku atas dasar keperluan kau sahaja. aku sedar aku orang miskin. aku tahu juga kau mencintai aku bukan sebab harta. kau cinta aku atas sebab rupa? tidak. akulah orang paling hodoh di dunia. tapi kau masih mahukan aku. tapi apa sebabnya sehingga kau membuatku begitu sayang dengan kau? adakah hanya sebagai keperluan berteman? untuk membuatkan orang lain iri hati?

kau pernah luahkan dengan aku, selepas kau pisah dengan aku, kau tak ingin untuk mempunyai lelaki lain dalam hidup kau melainkan ayah kau. tapi? kenapa tidak sampai seminggu kita berpisah kau mudah untuk mendapat lelaki lain sebagai penggantiku? adakah dia sudah ada dihatimu sebelum aku berpisah lagi dengan kau? atau kau inginkan teman waktu kau belajar disana? sama seperti waktu kau menerima aku dahulu. inginkan pendamping pada waktu itu sahaja? TOLONGLAH JELASKAN KEPADAKU...

Kau tahu kah, aku tidak pernah memandang perempuan lain selain kau selama aku bersama dengan kau!!! kau tahukah aku tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti kau walaupun kau tiada dekat denganku sewaktu aku memerlukan seseorang? tolonglah sayang. aku sangat menyayangimu.. sedih.. memang sedih..
Setiap hari aku melihat Facebook mu, memerhati hanya dari itu. dan bila aku melihat wajahmu, air mataku kembali berlinangan. perit rasanya..

Bermula dari saat kau melafazkan untuk meninggalkan aku. banyak perkara durjana yang aku selalu fikirkan. setiap malam aku berfikir untuk bunuh diri. bunuh diri.

tapi, bila aku fikir semula, jika aku bunuh diri sekalipun, adakah kau akan berlari untuk menyambut mayatku? adakah? aku tidak tahu.. dan aku harap aku tak perlu tahu...

cuma, seperkara yang aku sentiasa fikir. aku tiada kau. tapi aku ada tuhan, tuhan yang sentiasa ada untuk hambanya walaupun bagaimana keadaan masalah hambanya itu. Semenjak itu, aku berubah. aku sudah mula mendekatkan diri kepadaNya. setiap malam aku berdoa kepada tuhan untuk kau kembali kepadaku. untuk kau bisa menjadi jodoh untukku. tapi kenapa aku perlu berdoa itu semua? bukankah kau sudah memiliki jodohmu yang kau pilih disana? lalu aku berfikir semula tentang semua ini. 
Aku berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan jalan kepadaku untuk apa yang harus aku lakukan seterusnya.

Dan akhirnya aku telah menemukannya...

REZEKI DAN BERUBAH....
Itu yang Allah s.w.t mahukan dari aku sebenarnya. Dia mahukan aku untuk mengubah diriku dan cuba memohon kepadanya, berdoa kepadanya untuk rezeki.. rezeki itu bukan sahaja berbentuk harta benda, tapi juga jodoh, dan kebahagiaan. Tuhan juga mahu aku berubah kerana, selama ini aku terlalu jauh denganNya.. aku tinggalkan suruhannya. aku khianati perintahnya dan aku lupa denganNya..

AWAK, INI YANG SAYA SEDAR DALAM DIRI SAYA. SELAMA INI KITA TELAH JAUH MENINGGALKAN ALLAH S.W.T
DIA MAHU AKU BERUBAH. Dia mahu aku berubah, dari orang yang selama ini sentiasa memarahimu, sentiasa mengongkongmu, tidak memahami dirimu, meninggalkan suruhanNya, melanggar perintahNya dan melupakanNya..

Berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik..
AKU YAKIN, JIKA AKU BISA BERUBAH. IN SHAA ALLAH AKU BISA MENDAPATKAN KAMU KEMBALI... BERUBAH BUKAN KERANA KAMU, TAPI KERANA ALLAH, KERANA JODOH YANG ALLAH TENTUKAN. TAPI SELAGI AKU TIDAK BERUBAH, AKU JANJI TIDAK AKAN MENGGANGGU KAU, SEHINGGA WAKTUNYA AKU SUDAH BERUBAH...


Harap Awak dapat tunggu saya untuk berubah ~saya sentiasa menyayangi awak~


Saya mohon maaf atas ayat-ayat saya yang awal-awal itu. saya sudah sedar, saya mohon maaf kepada awak. awak tahu tak, saya banyak tahu apa yang awak buat belakang saya. tapi saya tidak kisah, saya maafkan awak. saya sentiasa berdoa untuk awak. awak nak tahu tak apa doa yang saya doakan setiap kali saya solat fardhu setiap hari..


"Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa orang yang kusayangi ......... ..... ......., kau ampunkanlah dosanya Ya Allah. Sesungguhnya aku sanggup menanggung segala dosa-dosanya atas tanggungjawabku keatasnya asalkan kau bisa menjaganya Ya Allah, ku mohon kepadaMu untuk kau bisa menjaga dia Ya Allah, menghidari, dan menjauhkan dirinya dari segala kemaksiatan dan kemungkaran. Ku mohon kepadaMu Ya Allah, mohon kepadaMu agar kau sentiasa berada disisinya dan menjaga dia. Ku mohon kepadaMu Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan-urusannya, permurahkanlah rezeki kepadanya, peliharalah kesihatannya, kurangkanlah bala yang menimpa kepadanya dan kau perpanjangkanlah umurnya Ya Allah. Ya Allah, kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepadanya setiap hari agar dia bisa lurus kejalanMu, meningkatkan keimanan dan ketakwaannya kepadaMu. Semoga dia bisa menjadi orang yang lebih baik dan bisa mencapai kejayaan dalam hidupnya Ya Allah.. Amin"

Tidak pernah terhenti untuk berdoa kepadamu awak. semoga awak berbahagia selalu dan selamat dari sebarang dugaan dan rintangan. Saya tetap akan menunggu awak walau 10 tahun sekalipun. Awak tahu tak, frame gambar awak tidak pernah saya alihkan, malah saya tatap setiap hari sebagai pembakar semangat saya. Jam awak saya baiki dan saya pakai, meskipun jam tu sudah rosak (maaf sebab saya sudah rosakkan sebab terlalu marah aritu saya tumbuk dinding dan jam tu terlepas dari tangan) saya minta maaf awak. Ohya, awak tahu tak. baju yang awak belikan untuk saya, saya selalu pakai tau :) kasut yang awak belikan pun sama :)..


Akhir kata, SAYA MINTA MAAF DEKAT AWAK ATAS SEMUA KESALAHAN SAYA, SAYA SUDAH SEDAR KESILAPAN SAYA WALAUPUN SAYA TAHU ITU SUDAH TERLAMBAT. SAYA MOHON MAAF SANGAT-SANGAT DARI AWAK. HARAP AWAK BISA MEMAAFKAN SAYA. KALAU AWAK ADA APA-APA MASALAH, AWAK JANGAN SEGAN UNTUK CARI SAYA YAH, SAYA AKAN SENTIASA ADA UNTUK AWAK. KALAU AWAK PERLU SESUATU PUN JANGAN LUPA HUBUNGI SAYA. NOMBOR SAYA TIDAK AKAN PERNAH BERUBAH :)
SALAM SAYANG UNTUK AWAK. ASSALAMUALAIKUM :')



Huhu... dah penat meluah.. nampak tak kawan-kawan? itulah cara saya untuk melawan perasaan. yakni peperiksaan paling sukar, soalannya.. apakah kamu bisa melawan perasaan kamu semata-mata untuk menduduki peperiksaan akhir? huh.. mungkin saya sudah lulus 50%. In Shaa Allah saya boleh... saya akan cuba menenangkan perasaan saya yang begitu banyak perkara, masalah jodoh, kewangan, pelajaran... semoga saya bisa menempuhinya semua.. In Shaa Allah... Jiayok2 untuk IDRIS HASAN.. Kehkehkeh....