Wednesday 29 June 2011

Filem Sang Pemimpi Yang Amat Memotivasikan dan Bermakna

Sang Pemimpi, satu filem yang amat memotivasikan. Filem ini adalah kesinambungan daripada filem Laskar Pelangi. Sang Pemimpi berkisarkan tentang tiga orang sahabat, Ikal, Arai dan Jimbron. Mereka berkawan sejak kecil lagi, namun tiap-tiap mereka mempunyai perwatakan yang amat berbeza, cuma satu perkara yang serupa. iaitu MIMPI/IMPIAN. 



Ikal yang terlalu menyayangi ayahnya hingga sanggup tidak pergi kesekolah dan bekerja sebagai kuli di jeti, namun dia juga bercita-cita ingin sampai ke Paris. Arai pula tekad untuk belajar seni semata-mata untuk memikat cinta hatinya iaitu Zakiah Nurmala. Jimbron pula bercita-cita ingin menunggang kuda namun ia beranggapan yang dia hanya bermimpi. Sementara itu, Arai cuba meyakinkan rakan-rakannya yang mimpi mereka semua boleh menjadi kenyataan jika mereka berusaha. Arai, seorang watak yang amat mempengaruhi, dialah yang memotivasikan kawan-kawannya untuk berjaya mencapai mimpi mereka.
Arai mengumpul duit demi untuk menyewa kuda buat kawannya Jimbron, manakala Arai juga telah berjaya meyakinkan Ikal untuk belajar sehingga mereka mampu menyambung pelajaran ke Universiti mengambil ijazah. Akhirnya, Ikal dan Arai dapat menyambung pelajaran hingga ijazah. namun, selepas bergraduasi, Ikal hanya mampu bekerja sebagai posmen, satu pekerjaan yang dibencinya. Arai sekali lagi tidak berputus asa untuk meyakinkan Ikal untuk terus belajar, menyambung master di luar negara. Akhirnya, Ikal dan Arai diterima dan mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran master ke eropah. Inilah kisah mereka, walaupun cita-cita Ikal ingin sampai ke Paris masih belum tercapai, sekurang-kurangnya dia sudah berada dekat dengan impiannya..

Sifat Arai yang tekun usaha dan meyakinkan rakan-rakannya membuatkan saya berasa yang impian saya bukan sekadar impian. dengan usaha, insyaallah, ia pasti tercapai.. Jangan muda berputus asa. bukan itu sahaja, filem ini juga membuatkan saya berfikir akan segala kebaikan yang bapa kita berikan, jika tidak dibalas, kebaikan itu akan jadi sia-sia.
"Jika seseorang belum menemukan sesuatu untuk diperjuangkan hingga akhir hayatnya,
maka kehidupannya tidak berharga.
"
Kepada kawan-kawan, saksikan la filem ini, sangat bermakna.. Jadilah seperti mereka,bersyukurlah dengan segala kemudahandan kesenangan yang kita diberikan untuk menuntut ilmu, jangan biarkan mimpi kita hanya tinggal mimpi.. biarlah mimpi menjadi kenyataan, kerana..
 
"Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu"
d(^.^)b

1 comment: