Wednesday 11 May 2011

Anak Soleh

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa 

 

Ibu dan ayah, orang yang membesarkan kita dari kita lahir kedunia ini sampai kita dewasa. walau sejauh mana kita benci ibu dan ayah kita bila mereka berlaku bukan seperti yang kita harapkan, ingatlah, apa yang mereka lakukan, bukan bermakna mereka tidak memahami kehendak dan keinginan kita, tapi mereka lakukan sedemikian adalah kerana keperluan dan kebaikan kita, hanya kita yang tidak memahami apa yang mereka ingin sampaikan. waktu kita kecil dulu, mereka hantar kita kesekolah, menyediakan makanan untuk kita, mendodoikan kita bila kita sakit, mendukung kita bila kita lemah untuk berjalan, tidak makan dan mandi semata untuk menjaga kita bila kita terlantar di hospital, berlari kehulu kehilir untuk mendapatkan makanan kesukaan kita, berhempas pulas untuk kita pergi bersekolah. bila kita naik remaja, mereka masih mengambil berat akan kita, risau bila kita lmbt pulang dari sekolah, sedih bila kita merajuk dan keluar dari rumah, sibuk mencari duit untuk kita sambung belajar. tapi... kita.... tidak menyedari semuanya. kita hanya tahu mencari kesalahan mereka dan bukan nya menyedari kesalahan kita, kita asyik mengata yang mereka mengongkong hidup kita, tapi adakah kita sedar, yang kita telah mengongkong hidup mereka untuk menjaga kita selama ini?? kadang kala, mereka ego untuk menunjukkan kasih sayang kepada kita, tapi sama seperti kita juga yang terlalu ego untuk menunjukkan kasih sayang kepada mereka. walaupun mereka ego, tetapi dalam hati mereka tetap sayang kepada kita, mereka tunjukkan dengan cara mereka sendiri. tapi.. kita... walaupun ego, tetap ego. ingatlah, wahai kita, sampai bila pun, mereka tetap ibu bapa kita, yang sentisa menjaga kita, dan mendoakan kita. dan kita sebagai anak mereka, patuhlah, jalankan lah tanggungjawab kita sebagai 
"ANAK SOLEH"

anak soleh by Rabbani

4 comments:

  1. haha, lama da kot. tp jarang post la.. ntah pape je.. hahaha

    ReplyDelete
  2. yaka.. ajar la aku cena nak guna blog nieh weyhhh

    ReplyDelete
  3. auu.. bkn ko lg terer ke?? ahha.... ko la yg ptut ajar aq.. ish2.. :P

    ReplyDelete