Wednesday, 26 December 2012

Peperiksaan melawan Perasaan.




Assalamualaikum...

Pembuka bicara. Sudah sekian lama blog ini tidak di Update. rasa teringin sekali untuk mengupdatenya tapi kekadang tu tiada masa, tambahan pula Leptop@komputer tadak.. Atau mungkin juga kebelakangan ini banyak sangat masalah yang ku hadapi, kadang-kadang tu rasa lemah sangat untuk menghadapi ujian-ujian daripada Allah s.w.t ini. Tapi orang cakap, bila kita diberi ujian yang banyak maka itu bermaksud tuhan sangat sayang dan ingat akan kita :)
Bercakap tentang tajuk entri ni. Peperiksaan melawan perasaan. kalo ikutkan memang tngah exam skang ni, pergh.. tapi kali ini aku menghadapi peperiksaan yang lagi susah dari mana-mana subjek yang aku ambil selama aku menuntut ilmu. tu la aku namakan peperiksaan melawan perasaan. sukar untuk dipahamkan kn?

pernah tak kamu bercinta dan mencintai pasangan kamu melebihi apa yang kamu ada? pernah? 

kalau pernah, pernakah kamu ditinggalkan oleh pasangan yang kamu cintai lebih dari apa yang kamu ada? 

kalau pernah, kamu adalah serupa dengan saya. tapi sangat berbeza dengan saya. 

pada ketika itulah banyak masalah, musibah, dan kesedihan yang saya alami. Tidak saya sangka, perkara yang saya fikir mustahil berlaku selama ini telah berlaku. Orang yang paling ku sayangi bisa meninggalkan aku. sungguh perit, memang perit. kalaulah dia tahu bagaimana sakitnya rasa aku pada ketika itu...

Tapi, apa aku boleh buat, itu keputusan dia. sebenarnya, aku juga bersalah dalam hal ini, sejak kebelakangan itu, semenjak dia pergi belajar di ibu kota, aku asyik memarahinya, memarahinya sehingga aku membuatnya tertangis. tapi dia sememangnya tahu, aku marah dia macam mana sekalipun aku tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya. sebab aku sayang dia. aku selalu mengagungkan dia di depan keluargaku, di depan adik-adikku, di depan kawan-kawanku. sehinggakan aku sanggup meninggalkan dan menyisihkan diriku dari mereka-mereka semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian untuknya. aku tidak pernah bercakap buruk tentang dia kepada orang lain. malah aku sentiasa memujinya. cuma, bila dia sudah pergi ke ibu kota untuk belajar, aku jadi takut. takut perkara ini terjadi. walaupun ia sememangnya sudah terjadi. aku asyik mengongkongnya agar tidak terlalu menonjolkan dirinya disana. aku buat itu semua supaya tidak ada orang lain yang akan cuba untuk memikatnya. aku sayang sangat dengannya. hanya dia yang aku ada. tapi bila dia sudah pergi meninggalkan aku, aku tidak tahu untuk berlaku apa lagi. setiap hari aku mengalirkan air mata. air mata yang dia tidak tahu nilainya.

Dia pernah berkata, ini semua salah aku. yah, ini memang salah aku. aku yang memulakan perbalahan. tapi, tidak boleh ka kita berbincang? kalau kau betul-betul menyayangi aku seperti mana yang kau selalu katakan, kenapa kau tidak mahu berbincang? kenapa kau sanggup membuat keputusan untuk berpisah dengan aku? bukankah kau pernah berkata yang kau tidak akan punya lelaki lain selain aku? kalau kau betul-betul sayang dengan aku, kau tidak akan melakukan keputusan ini. melainkan kau sudah berubah hati. kalau kau mudah sangat untuk berubah hati atas kesilapan yang aku buat, sudah pastinya kata-katamu yang selama ini kau ungkapkan hanyalah bohong. kau mencintai aku atas dasar keperluan kau sahaja. aku sedar aku orang miskin. aku tahu juga kau mencintai aku bukan sebab harta. kau cinta aku atas sebab rupa? tidak. akulah orang paling hodoh di dunia. tapi kau masih mahukan aku. tapi apa sebabnya sehingga kau membuatku begitu sayang dengan kau? adakah hanya sebagai keperluan berteman? untuk membuatkan orang lain iri hati?

kau pernah luahkan dengan aku, selepas kau pisah dengan aku, kau tak ingin untuk mempunyai lelaki lain dalam hidup kau melainkan ayah kau. tapi? kenapa tidak sampai seminggu kita berpisah kau mudah untuk mendapat lelaki lain sebagai penggantiku? adakah dia sudah ada dihatimu sebelum aku berpisah lagi dengan kau? atau kau inginkan teman waktu kau belajar disana? sama seperti waktu kau menerima aku dahulu. inginkan pendamping pada waktu itu sahaja? TOLONGLAH JELASKAN KEPADAKU...

Kau tahu kah, aku tidak pernah memandang perempuan lain selain kau selama aku bersama dengan kau!!! kau tahukah aku tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti kau walaupun kau tiada dekat denganku sewaktu aku memerlukan seseorang? tolonglah sayang. aku sangat menyayangimu.. sedih.. memang sedih..
Setiap hari aku melihat Facebook mu, memerhati hanya dari itu. dan bila aku melihat wajahmu, air mataku kembali berlinangan. perit rasanya..

Bermula dari saat kau melafazkan untuk meninggalkan aku. banyak perkara durjana yang aku selalu fikirkan. setiap malam aku berfikir untuk bunuh diri. bunuh diri.

tapi, bila aku fikir semula, jika aku bunuh diri sekalipun, adakah kau akan berlari untuk menyambut mayatku? adakah? aku tidak tahu.. dan aku harap aku tak perlu tahu...

cuma, seperkara yang aku sentiasa fikir. aku tiada kau. tapi aku ada tuhan, tuhan yang sentiasa ada untuk hambanya walaupun bagaimana keadaan masalah hambanya itu. Semenjak itu, aku berubah. aku sudah mula mendekatkan diri kepadaNya. setiap malam aku berdoa kepada tuhan untuk kau kembali kepadaku. untuk kau bisa menjadi jodoh untukku. tapi kenapa aku perlu berdoa itu semua? bukankah kau sudah memiliki jodohmu yang kau pilih disana? lalu aku berfikir semula tentang semua ini. 
Aku berdoa kepada tuhan untuk menunjukkan jalan kepadaku untuk apa yang harus aku lakukan seterusnya.

Dan akhirnya aku telah menemukannya...

REZEKI DAN BERUBAH....
Itu yang Allah s.w.t mahukan dari aku sebenarnya. Dia mahukan aku untuk mengubah diriku dan cuba memohon kepadanya, berdoa kepadanya untuk rezeki.. rezeki itu bukan sahaja berbentuk harta benda, tapi juga jodoh, dan kebahagiaan. Tuhan juga mahu aku berubah kerana, selama ini aku terlalu jauh denganNya.. aku tinggalkan suruhannya. aku khianati perintahnya dan aku lupa denganNya..

AWAK, INI YANG SAYA SEDAR DALAM DIRI SAYA. SELAMA INI KITA TELAH JAUH MENINGGALKAN ALLAH S.W.T
DIA MAHU AKU BERUBAH. Dia mahu aku berubah, dari orang yang selama ini sentiasa memarahimu, sentiasa mengongkongmu, tidak memahami dirimu, meninggalkan suruhanNya, melanggar perintahNya dan melupakanNya..

Berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik..
AKU YAKIN, JIKA AKU BISA BERUBAH. IN SHAA ALLAH AKU BISA MENDAPATKAN KAMU KEMBALI... BERUBAH BUKAN KERANA KAMU, TAPI KERANA ALLAH, KERANA JODOH YANG ALLAH TENTUKAN. TAPI SELAGI AKU TIDAK BERUBAH, AKU JANJI TIDAK AKAN MENGGANGGU KAU, SEHINGGA WAKTUNYA AKU SUDAH BERUBAH...


Harap Awak dapat tunggu saya untuk berubah ~saya sentiasa menyayangi awak~


Saya mohon maaf atas ayat-ayat saya yang awal-awal itu. saya sudah sedar, saya mohon maaf kepada awak. awak tahu tak, saya banyak tahu apa yang awak buat belakang saya. tapi saya tidak kisah, saya maafkan awak. saya sentiasa berdoa untuk awak. awak nak tahu tak apa doa yang saya doakan setiap kali saya solat fardhu setiap hari..


"Ya Allah, aku mohon kepadamu Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa orang yang kusayangi ......... ..... ......., kau ampunkanlah dosanya Ya Allah. Sesungguhnya aku sanggup menanggung segala dosa-dosanya atas tanggungjawabku keatasnya asalkan kau bisa menjaganya Ya Allah, ku mohon kepadaMu untuk kau bisa menjaga dia Ya Allah, menghidari, dan menjauhkan dirinya dari segala kemaksiatan dan kemungkaran. Ku mohon kepadaMu Ya Allah, mohon kepadaMu agar kau sentiasa berada disisinya dan menjaga dia. Ku mohon kepadaMu Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan-urusannya, permurahkanlah rezeki kepadanya, peliharalah kesihatannya, kurangkanlah bala yang menimpa kepadanya dan kau perpanjangkanlah umurnya Ya Allah. Ya Allah, kau berikanlah petunjuk dan hidayah kepadanya setiap hari agar dia bisa lurus kejalanMu, meningkatkan keimanan dan ketakwaannya kepadaMu. Semoga dia bisa menjadi orang yang lebih baik dan bisa mencapai kejayaan dalam hidupnya Ya Allah.. Amin"

Tidak pernah terhenti untuk berdoa kepadamu awak. semoga awak berbahagia selalu dan selamat dari sebarang dugaan dan rintangan. Saya tetap akan menunggu awak walau 10 tahun sekalipun. Awak tahu tak, frame gambar awak tidak pernah saya alihkan, malah saya tatap setiap hari sebagai pembakar semangat saya. Jam awak saya baiki dan saya pakai, meskipun jam tu sudah rosak (maaf sebab saya sudah rosakkan sebab terlalu marah aritu saya tumbuk dinding dan jam tu terlepas dari tangan) saya minta maaf awak. Ohya, awak tahu tak. baju yang awak belikan untuk saya, saya selalu pakai tau :) kasut yang awak belikan pun sama :)..


Akhir kata, SAYA MINTA MAAF DEKAT AWAK ATAS SEMUA KESALAHAN SAYA, SAYA SUDAH SEDAR KESILAPAN SAYA WALAUPUN SAYA TAHU ITU SUDAH TERLAMBAT. SAYA MOHON MAAF SANGAT-SANGAT DARI AWAK. HARAP AWAK BISA MEMAAFKAN SAYA. KALAU AWAK ADA APA-APA MASALAH, AWAK JANGAN SEGAN UNTUK CARI SAYA YAH, SAYA AKAN SENTIASA ADA UNTUK AWAK. KALAU AWAK PERLU SESUATU PUN JANGAN LUPA HUBUNGI SAYA. NOMBOR SAYA TIDAK AKAN PERNAH BERUBAH :)
SALAM SAYANG UNTUK AWAK. ASSALAMUALAIKUM :')



Huhu... dah penat meluah.. nampak tak kawan-kawan? itulah cara saya untuk melawan perasaan. yakni peperiksaan paling sukar, soalannya.. apakah kamu bisa melawan perasaan kamu semata-mata untuk menduduki peperiksaan akhir? huh.. mungkin saya sudah lulus 50%. In Shaa Allah saya boleh... saya akan cuba menenangkan perasaan saya yang begitu banyak perkara, masalah jodoh, kewangan, pelajaran... semoga saya bisa menempuhinya semua.. In Shaa Allah... Jiayok2 untuk IDRIS HASAN.. Kehkehkeh....

Tuesday, 17 January 2012

Jom buat duit kat blog



Anda asyik dengan blog anda tiap-tiap hari, menghabiskan masa dengan bermain blog tanpa menerima sesuatu faedah. Oleh itu, manfaatkan masa tersebut dengan bermain blog sambil terima duit. hehe. banyak cara yang boleh dilakukan:

Salah satu nya adalah dengan berbisnes melalui blog. Mereka yang mempunyai perniagaan sampingan kebiasaannya akan menggunakan blog sebagai medium pemasaran mereka, berdasarkan statistik, para pengguna blog sehingga 2011 telah mencecah sebanyak lebih 1,97 bilion pengguna internet. Para pengguna secara kolektif melayari lebih 266 juta laman web setiap hari. Sudah tentu nombor-nombor ini sentiasa berkembang dan tiap-tiap 1000 saat atau lebih, lebih daripada 4,500 pengguna internet bertambah.

 

Dianggarkan 11%, atau 50 juta pengguna internet adalah pembaca blog, 75,000 blog dibina setiap hari dan

50 000 blog dikemaskini setiap jam.




Jadi, ini membuatkan ramai peniaga lebih berminat untuk memasarkan produk mereka di dalam blog. Kita juga boleh, nak jual apa? letak sahaja apa benda yang anda rasa nak jual dan bernilai, pakaian lama, jam lama, handphone lama.. hehe.. mudah

Satu cara lagi ialah dengan membenarkan iklan dalam blog anda. Anda pasti sudah tahu tentang adsen kan?? gadget baru dalam blogspot. Ianya adalah salah satu medium untuk membantu anda bermain bog sambil menerima duit.

Ada banyak lagi website yang memberi peluang blogger untuk mempersembahkan blog mereka sebagai tempat untuk mengiklankan sesuatu.

Contohnya seperti PayPerPost, Click Sini
, tidak perlu khuatir, hanya perlu daftar blog anda untuk mereka, daftar percuma. dan mereka akan membantu anda untuk mendapatkan company yang berminat untuk menampal iklan didalam blog anda.

Jadi apa tunggu lagi, tak perlu membuang masa bermain blog dari siang ke malam tanpa mendapatkan sesuatu, buat duit dengannya.. dan rajin-rajinlah berblogging. tapi jangan sampai lupa dunia pulak. hehe. salam semua.


Entri ini khas dibuat untuk menempel ayat dibawah ini sebenarnya. hehe
"Against a monster proceeds an intentional unfortunate."

Friday, 30 December 2011

The Way She Dressed

Assalamualaikum n Salam Sejahtera semua.


New entri kali ini. Tak banyak kata-kata, tapi ilustrasi terhadap seorang wanita yang Ku kenali yang Ku sangat-sangat sayangi dan juga suka Berfesyen.
Noralinah Binti Tarapidu, Seorang bekas Pelajar STPM yang bakal memasuki alam Universiti.



GAYA BERTUDUNG


Pemakaian Tudung haruslah dikenakan dengan baju yang sesuai.
In Black with black and white stripe shirt
In Purple with purple kurung

Orange Nice
Soft Pink
Blue Turqoise



SMART CASUAL




Jeans, adalah sesuai untuk pakaian Smart Casual, pemakaian yg digunakan bila Outing, atau bersantai



Beg juga memainkan peranan tau.. huhu

4 DIFFERENT WAY OF DRESSING



CASUAL


Pemakaian dirumah atau bersahaja


WITH BAJU KURUNG

bakal bini aq ni. hehe
bersama adik beradiknya


ELEGANCE WITH SKIRT


Sesuai dikenakan untuk majlis-majlis formal atau grand seperti Majlis Makan Malam dan sebagainya..


Skirt adalah menjadi pilihan si dia



How's that?? Stylo rite?? See.. That is My Girl.. hehe
WITH HER SISTERS

Sesuatu pemakain tidaklah memerlukan Kos yang tinggi, asal kita pandai menggayakan sesuatu pakaian, sudah cukup untuk menampakkan seseorang wanita kelihatan lebih anggun, bergaya dan tampil berkeyakinan depan orang ramai.

"BIAR BERGAYA ASAL AURAT TERJAGA"

Wednesday, 7 December 2011

Hikayat si Power Rangers

    Siapalah yang tak kenal dengan Power Rangers, dari yang kecil hingga yang tua, semua mengenalinya. anda tahu tak yang siri Power Rangers yang ditayangkan di TV1 di Malaysia dari dahulu sampai sekarang sudah mengambil tempoh 18 tahun. pergh.. seumur dengan adik saya kot.. hehe Salute la kt diorang. Nk tahu cerita sal Power Rangers ni tak? hehe..
    Power Rangers ni adalah siri TV kanak-kanak yang paling masyuk di dunia tau. Starting ny pada 1993 dengan kemunculan Power Rangers Mighty Morphin, kira Power Rangers tertua sekali diantara Power Rangers, dan Power Rangers mengandungi 16 musim semua, yang terbaru adalah Power Rangers Samurai. Pada asalnya, Power Rangers ini diilhamkan daripada siri TV FlashMan (Jepun) yang boleh kira, golongan-golongan Rangers penyelamat dunia yang paling awal sekali muncul di dunia, hehe. pastu, syarikat SABAN mengambil langkah untuk mencipta watak yang hampir serupa dengan jalan cerita dan konsep yang hampir sama tetapi lebih di khas kan kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat, maka itu, tercipta la Power Rangers, dan sehingga sekarang, Power Rangers telah menyiarkan lebih daripada 700 episod di seluruh dunia. Walaupun konsep perwira rangers ni mula diperkenalkan oleh Jepun, namun, kebanyakan siri-siri seperti ini di Jepun tidak bertahan lama. Manakala, siri Power Rangers ini pula dapat mengekalkan peminatnya sehingga sekarang.
     Untuk filem pertama Power Ranger yang berjudul "Mighty Morphin Power Rangers; The Movie" yang ditayangkan pada tahun 1995 ini telah meraih keuntungan sebanyak $66,433,194. Disebabkan keuntungan yang berlipat ganda itu, Power Rangers pernah dinobatkan sebagai salah satu filem yang meraih keuntungan paling tinggi dalam sejarah perfileman dunia.

Mighty Morphin Power Rangers - 1993 to 1995

Power Rangers ZEO - 1996

Power Rangers TURBO - 1997





Power Rangers In Space - 1998

Power Rangers Lost Galaxy - 1999




Power Rangers Light Speed Rescue - 2000

Power Rangers Time Force - 2001

Power Rangers Wild Force - 2002

Power Rangers Ninja Storm - 2003

Power Rangers Dino Thunder - 2004

Power Ranger SPD - 2005

Power Rangers Mystic Force - 2006

Power Rangers Operation OverDrive - 2007

Power Rangers Jungle Fury - 2008

Power Rangers RPM - 2009

Power Rangers Samurai - 2011


sampai tu je kot. hehe, have a nice reading. Go Go Power Rangers.. (^_^.)

Tuesday, 6 December 2011

Imbasan Kembali Program-program utk sem 4 yang lalu :)

Sebelum memasuki semester 4. Program Bakti Siswa Perdana di Kampung Pulau Timbul Tunjang Jitra Kedah





Seterusnya, semester 4 dimulakan dengan program Kursus Asas PRS, dimana seramai lebih 500 ahli baru prs dipilih dalam kalangan setiap kolej-kolej. Dalam program ini, saya sebagai fasi kepada ahli-ahli prs yang baru :)
 fasi-fasi
 kumpulanqu :)


Seterusnya Program Motivasi di Sekolah Rendah Jeneri Jeniang Kedah. sasaran adalah pelajar darjah 6. Walaupun program hanya mengambil masa sehari, tapi masa kami dengan adek2 sangat sangat kami kenangi. Syok. dan saya selaku Pengarah dan juga fasi :)



anak-anak buah abang deris

Lepas tu, msuk bulan kedua. BIP TNB telah mengadakan satu makan malam santai, penghargaan atas usaha menjayakan program Golden Screen Cinema TNB semester lepas :)